About Me

My photo
only simple woman coz i'm 20 an already

Tuesday, December 14, 2010

KELENJAR PELUH


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.




Kelenjar peluh merupakan kelenjar kecil yang amat penting. Bilangan kelenjar ini banyak di dapati di bahagian tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak ( aksila ). Kelenjar ini terbina daripada tiub yang berlingkar dan ia dibekalkan dengan banyak salur darah. Dari kelenjar ini, salurnya akan naik ke atas dan menembusi permukaan kulit dan dikenali sebagai liang peluh / liang roma. Berdasarkan struktur dan kedudukannya, kelenjar peluh bolah dibahagikan kpd 2 jenis utama:
1. Kelenjar Peluh Ekrin ( Merokrin )
2. Kelenjar Peluh Apokrin

Kelenjar Peluh Ekrin ( Merokrin )


Kelenjar peluh ekrin ini sering diketemui. Kelenjar ini ialah kelenjar tubul bergelung ringkas yang terletak di subkutaneus dan duktus ekskretorinya membuka ke ruang epedermis. Kelenjar ini tersebar di seluruh kulit, terutama di tapak tangan dan tapak kaki.
Kelenjar peluh ekrin berfungsi sepanjang hidup dan sentiasa menghasilkan rembesan yang lebih berair berbanding dengan rembesan kelenjar apokrin.

Kelenjar Peluh Apokrin


Kelenjar peluh apokrin ialah kelenjar tubul bercabang ringkas. Kelenjar ini terdapat di bahagian kulit iaitu pada aksila (ketiak), bahagian pubik dan di kawasan berpigmen buah dada (areola).
Bahagian rembesan kelenjar peluh apokrin terletak di dalam dermis atau lapisan subkutaneus (hipodermis) dan duktus ekskretorinya membuka ke folikel rambut. Kelenjar ini mula berfungsi semasa baligh dan menghasilkan rembesan yang tidak berbau. Jika rembesan ini terurai oleh mikrob di permukaan kulit, ia akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
Peluh berasal daripada darah dan ia mengandungi air dan natrium klorida. Air peluh ialah salah satu bahan kumuh yang dikeluarkan oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh. Perpeluhan terbahagi kepada dua bahagian:
  • Perpeluhan tidak sedar - Peluh sentiasa dihasilkan, tetapi pada masa rehat, peluh ini akan disejat dengan cepat dan tidak begitu nyata.
  • Perpeluhan nyata - Peluh terhasil dengan berlebih-lebihan atau apabila sejatannya terganggu.
 P/S
Saya ada penyakit ini
dari kecil sampaila besar
berpeluh di tapak tangan dan kaki
hari 2 ada tgok kat majalah 3
rupa2nya ramai lagi yang barpenyakit camni
sampai berpeluh di lengan
Alhamdulillah, saya tak macam 2
ramai lagi lebih kurang 1/3 dari makhluk muka bumi ni

Satu masalah penyelesaian ialah operate. Kos yang besar memerlukan untuk membuat pembedahan ini..apa kata?
buat sndiri!!
ishhhh,jangan la weiii
tnggu kerja dulu,ade duit kita buat ya izzati!

SABAU

No comments:

Post a Comment